Syarat, Peraturan & Info Pendakian
Sila baca dan fahami terma, yuran, panduan dan itinerari sebelum membuat tempahan pendakian anda.
1 Tempahan Rasmi & Had Peserta
- 1.1 Semua tempahan mesti dibuat secara dalam talian di laman web rasmi: www.maraganghill.com.my. Tempahan melalui individu atau luar laman web tidak diterima.
- 1.2 Tiada pendaftaran secara terus (walk-in) diterima. Semua pendaki mesti menempah terlebih awal.
- 1.3 Had Peserta: Maksimum 20 orang bagi setiap tempahan. Bilangan peserta melebihi 20 orang perlu membuat tempahan baharu secara berasingan.
2 Maklumat Pendaki & Pembayaran
- 2.1 Semua maklumat (nama penuh, nombor MyKad/Passport, nombor telefon) mesti tepat dan sah sepadan pada hari pendakian. Maklumat yang tidak sepadan akan menyebabkan pendaki tidak dibenarkan mendaki.
- 2.2 Setiap pendaki baru yang ditukar atau mengubah butiran pendaki perlu membuat pembayaran semula.
- 2.3 Pembayaran Penuh: Tempahan wajib dibayar penuh selepas diluluskan. Pautan bayaran sah untuk 48 jam sahaja.
- 2.4 Pembatalan & Tarikh: Tiada pemulangan wang untuk pembatalan tempahan yang telah dibayar. Tempahan baharu perlu dibuat jika anda membuat pertukaran tarikh.
3 Yuran Konservasi & Sijil
Semua pendaki tempatan dan antarabangsa wajib membayar Yuran Konservasi di kaunter pendaftaran semasa ketibaan.
| Kategori | Tempatan (MyKad) | Luar Negara (Pasport) |
|---|---|---|
| Dewasa (18 tahun ke atas) | RM 20.00 | RM 30.00 |
| Kanak-kanak (17 tahun & ke bawah) | RM 15.00 | RM 25.00 |
* Pelancong luar akan dikenakan caj tambahan Yuran Konservasi yang akan dibayar pada waktu pendaftaran.
Sijil (Bagi yang Berminat): RM 7.00 seorang (dibayar di kaunter).
4 Panduan Pengangkutan
- 4.1 Shuttle Disediakan: Kenderaan pergi-balik disediakan dari Pejabat META Kg Mesilou ke Starting Point. Pendaki juga akan diambil semula selepas selesai pendakian.
- 4.2 Kawasan Parkir: Kenderaan pendaki boleh diparkir di kawasan pendaftaran (Pejabat META).
- 4.3 Kenderaan pendaki tidak disarankan dibawa ke Starting Point atas sebab keselamatan.
5 Itinerari Pendakian
Sunrise Via Normal Trail
- 03:00 - 03:30: Ketibaan para pendaki & pendaftaran pendaki serta berjumpa guide.
- 03:30 - 04:00: Sesi suai kenal dan bertolak ke starting point.
- 04:00 - 04:10: Taklimat keselamatan para pendaki.
- 04:10: Memulakan aktiviti pendakian ke puncak Maragang Hill.
- 05:45: Tiba di puncak Maragang Hill (Pemandangan Sunrise).
- 09:00: Pendaki turun ke Starting Point / Ending Point.
- 10:30: Pendaki balik pejabat META, penerimaan sijil dan aktiviti selesai.
Daytrip Via Normal Trail
- 05:45 - 06:30: Ketibaan para pendaki & pendaftaran pendaki serta berjumpa guide.
- 06:30 - 07:00: Sesi suai kenal dan bertolak ke starting point.
- 07:00 - 07:10: Taklimat keselamatan para pendaki.
- 07:10: Memulakan aktiviti pendakian ke puncak Maragang Hill.
- 08:30: Tiba di puncak Maragang Hill.
- 10:00: Pendaki turun ke Starting Point / Ending Point.
- 11:30: Pendaki balik ke pejabat META, penerimaan sijil dan aktiviti selesai.